Amet HakeenServis Web & App

Berapa kos bina website di Malaysia?

Oleh Amet Hakeen · Dikemas kini 5 November 2026

Kebanyakan website perniagaan kecil di Malaysia berharga sekitar RM2,500 hingga RM20,000. Landing page boleh serendah beberapa ratus ringgit, manakala kedai online dan sistem khas boleh mencecah puluhan ribu.

Julatnya besar kerana "website" boleh jadi apa sahaja, daripada satu halaman ringkas hingga sistem dengan pembayaran dan akaun pengguna. Panduan ini mengumpulkan harga yang diterbitkan oleh beberapa syarikat di Malaysia supaya anda boleh anggar bajet sebelum minta sebut harga.

Baca angka ini sebagai panduan. Kebanyakan sumber ialah syarikat yang menjual servis web, dan saya sendiri pun menawarkan servis ini. Ini bukan senarai harga saya. Sumber penuh ada di hujung artikel.

Harga website mengikut jenis

Jenis websiteFreelancer / templateAgensiJulat Sky Tomato
Landing pageRM800 – 2,500RM2,000 – 5,000RM500 – 3,000
Website ringkas (3–5 halaman)RM1,500 – 3,000RM3,000 – 6,000RM2,500 – 8,000
Website korporat / SMERM3,000 – 6,000RM5,000 – 12,000RM8,000 – 30,000
Kedai online (e-dagang)RM4,000 – 8,000RM6,000 – 20,000+RM5,000 – 50,000+
Web app / sistem khasJarang ditawarkanRM15,000 – 80,000+RM30,000 – 100,000+

Dua lajur tengah daripada Lamanify; lajur kanan daripada Sky Tomato. Baris "website ringkas" bagi Sky Tomato ialah kategori "simple SME website".

Perbezaan antara sumber memang besar. Untuk website korporat 10–15 halaman, Walk Production memberi anggaran RM4,000–10,000 untuk freelancer dan RM8,500–18,000 untuk agensi. Sebab itu, lebih selamat bandingkan apa yang termasuk dalam harga, bukan angka akhir sahaja.

Kos tahunan yang selalu terlepas pandang

Harga bina hanya bayaran pertama. Selepas website dilancarkan, biasanya ada kos berikut:

PerkaraAnggaran
Domain .comRM60 – 150 setahun
Domain .my / .com.myRM80 – 200 setahun
Hosting dan SSLRM300 – 1,500 setahun
PenyelenggaraanRM500 – 2,500 setahun jika tidak termasuk dalam pakej
Caj gerbang pembayaran1.5% – 3.5% bagi setiap transaksi

Sumber: Lamanify. Skop penyelenggaraan berbeza-beza: Walk Production menyebut sehingga RM6,000–12,000 setahun.

Sebagai contoh sebenar, domain amethakeen.my berharga USD19.99 semasa dibeli di Vercel pada Oktober 2026.

Bayar sekali atau langgan bulanan?

Sesetengah syarikat menawarkan website secara langganan, dengan domain, hosting dan penyelenggaraan termasuk. Modal awal lebih rendah, tetapi jumlahnya bertambah setiap tahun. Contohnya, satu pakej di pasaran berharga RM379 sebulan, iaitu RM13,644 dalam tiga tahun.

Langganan sesuai jika anda mahu mula cepat dan tidak mahu urus hal teknikal. Bayaran sekali biasanya lebih baik jika anda merancang guna website bertahun-tahun. Dalam kedua-dua kes, tanya siapa pemilik domain dan kandungan jika anda berhenti.

Apa yang menaikkan harga?

Kalau anda perlukan app

App jauh lebih mahal daripada website kerana melibatkan logik, data, ujian dan penyelenggaraan berterusan.

Tahap appAdvisoryAppsPerfectionGeeks
Ringkas / MVPRM30,000 – 60,000RM40,000 – 100,000
SederhanaRM60,000 – 150,000RM100,000 – 250,000
KompleksRM150,000 – 300,000RM250,000 – 600,000+

Sumber: AdvisoryApps (kos bina sahaja) dan PerfectionGeeks.

Kedua-dua sumber turut menganggarkan penyelenggaraan sekitar 15%–25% daripada kos bina setiap tahun. Untuk permulaan, mungkin lebih berbaloi uji idea dengan web app dahulu sebelum bina app untuk Android dan iPhone.

Bajet mana yang sesuai?

8 soalan sebelum anda bayar

  1. Berapa halaman dan ciri yang termasuk, secara bertulis?
  2. Siapa pemilik domain, kod dan kandungan?
  3. Berapa kos pembaharuan domain dan hosting pada tahun kedua?
  4. Berapa kali pembetulan dibenarkan?
  5. Siapa sediakan teks dan gambar?
  6. Apa yang termasuk dalam SEO?
  7. Berapa lama sokongan selepas dilancarkan, dan berapa kosnya selepas itu?
  8. Boleh tunjuk website sebenar yang pernah dibina?

Soalan lazim

Website RM500 berbaloi?

Boleh, jika anda hanya perlukan satu halaman ringkas. Pastikan anda tahu apa yang tidak termasuk dan berapa kos tahun kedua.

Berapa lama masa untuk siapkan website?

Ia bergantung pada skop. Sebagai panduan, Specflux menganggarkan sekitar 3 minggu untuk website 5–7 halaman selepas kandungan diterima, dan PerfectionGeeks menganggarkan 3–8 minggu untuk website syarikat.

Boleh buat sendiri?

Boleh, terutamanya untuk website ringkas. Kira juga masa anda untuk belajar, menulis kandungan dan menyelenggaranya.

Sumber

Harga dipetik pada 5 November 2026 dan boleh berubah: Lamanify, Sky Tomato, Walk Production, Specflux, AdvisoryApps, PerfectionGeeks.

Ada idea website atau app?

Lihat servis Web & App dan projek saya, atau terus bincang tentang projek anda.