Dasar Privasi
Dikemas kini: 19 Oktober 2026
Halaman ini menerangkan maklumat yang dikumpul apabila anda melawat amethakeen.my dan cara ia digunakan.
Statistik pelawat
Website ini menggunakan Vercel Web Analytics untuk melihat jumlah pelawat dan halaman yang dibaca. Ia tidak menggunakan cookie dan tidak mengenal pasti anda secara peribadi. Data yang dilihat adalah ringkasan seperti halaman yang dilawati, negara, jenis peranti, pelayar dan laman yang merujuk anda ke sini.
Tetapan di peranti anda
Pilihan mod cerah/gelap dan bahasa (BM/EN) disimpan dalam pelayar anda (localStorage) supaya kekal pada lawatan seterusnya. Maklumat ini tidak dihantar kepada saya.
Pengehosan
Website ini dihoskan oleh Vercel. Seperti kebanyakan pelayan web, log teknikal asas (contohnya alamat IP dan masa permintaan) mungkin direkodkan untuk keselamatan dan kestabilan perkhidmatan.
Pautan luar
Butang WhatsApp, TikTok, Instagram, YouTube, Telegram, Facebook, Threads dan GitHub membawa anda ke platform tersebut. Penggunaan anda di sana tertakluk kepada dasar privasi platform masing-masing. Gambar contoh tertentu dimuat dari Unsplash.
Borang & data peribadi
Website ini tidak mempunyai borang pendaftaran dan tidak menjual atau berkongsi data peribadi. Jika anda menghubungi saya melalui WhatsApp atau media sosial, maklumat yang anda kongsi hanya digunakan untuk membalas pertanyaan anda.
Hubungi
Untuk sebarang soalan tentang privasi, hubungi saya melalui WhatsApp.
Amet Hakeen